Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah catalog

Profil Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah

Pengenalan Visi, Misi, Objektif Piagam Pelanggan Carta Organisasi

Pengenalan

Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah (PPSIS) mula beroperasi pada Julai 2004. Terletak di Blok B dengan keluasan 508.032 meter persegi dan mampu menampung seramai 1000 orang pengguna pada satu-satu masa.

Visi

Menjadi sebuah pusat perkembangan, penyebaran dan perkongsian ilmu terbaik di antara perpustakaan Politeknik di Malaysia tahun 2020.

Misi

Melahirkan warga politeknik yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan dan literasi maklumat serta membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui :

  • Perkhidmatan rujukan dan maklumat,
  • Penyediaan sumber maklumat dan penggunaan teknologi terkini dan
  • Penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan perpustakaan
dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan budaya membaca dan seterusnya menjadikan perpustakaan sebagai pusat perkongsian ilmu dan maklumat yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Objektif

Objektif penubuhan Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) adalah untuk :

    Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul , memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Sultan Idris Shah
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat dan mesra bersesuaian dengan Misi perpustakaan
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah
  • Mempromosi dan menggalakkan Budaya Membaca dan Literasi maklumat melalui pelaksanaan aktiviti dan kepelbagaian program seperti yang di sarankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia
  • Membantu melahirkan warga PSIS yang berilmu melalui sokongan terhadap sumber rujukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Piagam Pelanggan

Kami Beriltizam dan Berjanji Akan merealisasikan perkhidmatan perpustakaan bagi melaksanakan tanggungjawab:

  • Menyediakan bahan rujukan dan maklumat yang terbaik, terkini dan relevan dengan semua progam dan jabatan di PSIS
  • Menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan mesra setiap masa
  • Pertanyaan dan rujukan pengguna diberi maklumbalas serta merta
  • Perkhidmatan peminjaman, pemulangan, dan pembaharuan bahan dilaksanakan dalam tempoh 3 minit.
  • Memastikan susunatur dan kekemasan koleksi bersistematik bagi memudahkan rujukan dan dapatan kembali bahan perpustakaan.
  • Proses pendaftaran keahlian siap dalam tempoh 3 minit
  • Kad keahlian siap dalam tempoh 2 minggu dari hari pendaftaran keahlian
  • Layanan dengan senyuman
Dalam melaksanakan tugas ini kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas bagi memastikan kepuasan pelanggan dapat dipenuhi seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan perpustakaan.

Log in to your account:
copyright (c) PSIS 2014

Powered by Koha